Wednesday, March 19, 2008

Bonda Suraya

semakin meningkat usia, saya semakin memahami perjalanan hidup yang saya lalui kini. apabila saya menoleh kebelakang, terhadap apa yang telah berlaku...semestinya jika saya dapat memutar jam kembali, saya mahu kembali semula dan saya ingin nyatakan betapa saya sayang kepada semua orang yang telah memberi "cahaya" kepada kehidupan saya.

to my mum, anda adalah pendorong kepada siapa saya hari ini. terima kasih kerana selama 18 tahun kehidupan saya lalui bersama mak, segalanya adalah satu pengalaman yang amat berharga yang membentuk saya hari ini.....mak telah menjadi kekuatan kepada saya untuk mengharungi kehidupan ini. sedikit terkilan kerana mak tidak dapat melihat kehidupan saya pada hari ini...merasai sedikit kesenangan yang saya kecapi bersama anak-anak....pasti mak akan merasa bangga dengan Izz Danial dan Amir Faris...mereka adalah cahaya kehidupan saya kini.

harus saya akui, saya agak tegas dalam membentuk peribadi mereka...walau hendak ke padang permainan setiap hari mesti mendapat kebenaran dari saya...hendak menonton cerita kartun mesti mendapat kebenaran saya.....hendak mengajak sepupu datang kerumah untuk bermain mesti mendapat kebenaran saya....dan bermacam peraturan lain...tapi saya percaya...apa yang saya pelajari dari cara mak mendidik saya....menjadikan saya seorang yang kental dalam memacu kehidupan saya hari ini...dan saya mahu anak-anak saya menjadi sekuat dan secekal saya...

mak, tak dapat saya nyatakan disini betapa hidup saya telah di uji..betapa saya telah gagal seketika di dalam menentu arah kehidupan saya..namun kini, saya cuba untuk kembali ke jalan yang menurut firasat saya...adalah yang terbaik...yang memberi kehidupan yang sempurna untuk saya dan anak-anak...jika mak masih ada lagi di sisi saya..saya percaya mak akan dapat membantu saya dalam menentukan yang terbaik untuk saya...saya percaya..tidak mungkin saya lakukan kesilapan dalam hidup saya...tetapi apa yang nyata adalah...mak tidak ada di sini...

mak...kalaulah mak tahu betapa saya amat memerlukan mak ketika saya buntu...kalaulah mak tahu betapa rindunya saya pada mak...kalaulah mak tahu yang saya ketika ini sedang menangis teringatkan mak...sepanjang yang saya ingati...ketika saya meluangkan masa di dalam kehidupan mak...saya telah cuba sedaya upaya untuk menyenangkan hati mak....mungkin tidak cukup..tetapi saya tidak pernah menyesal mengorbankan masa remaja...penat jerih...kerana saya seboleh-bolehnya mahu menghabiskan masa saya bersama mak...

No comments: